Detik dan waktu menentukan ia terjadi.. Hanya doa sentiasa menjadi ungkapan dibibir dan dihati sanubari.. Moga tuhan menetapkan JODOH yang sempurna untuk hambanya yang daif ini..
Tiba-tiba mood mengupdate blog pagi-pagi buta ni.. Esok nak keje lagi mau update.. Hahaha tak boley tido lohh.. Myb Si DIA dilamun mimpi yang indah.. Text dari dinda pon xreply..huhuhu teruskan la.. Tak nak ganggu..cian si DIA mencari rezeki yang halal sampai tak cukup tido.. Tiba-tiba ingat si DIA,tadi dah jumpa pun xcukup lagi.. Hehehe gatalnyee...
~Mungkin diriku harus pergi~
~Selamanya darimu~
~Atau ku harus mengakhiri~
~Cinta ini kepadamu~
~Kini cintaku telah kau bagi~
~Tak sanggup ku hadapi semua ini~
~Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku~
~Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu~
~Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu~
~Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu~
~Aku tak biasa, aku tak biasa~
~Ku cuba untuk terus berlalu~
~Dari hatimu namun tak bisa~
~Bayangan itu sering mengganggu~
~Dari tidurku, ku menangis~
~Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku~
~Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu~
~Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu~
~Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu~
Suka dengar lagu ni... 2week ago ada gi karoke ngan si DIA, aku nyanyi lagu ni.. Part KORUS tu aku TUJUKAN pada si DIA..(bukan part lain, KORUS sahaja ok..) Hehehe teruja/terharu kot si DIA.. Sambil dia senyum melihat aku sampaikan lagu ni dengan penuh asyik dan jujur..(wahhh gitu..) "Pa ingat tu,ma xley kalu Pa jauh dari ma.."
"Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu (ni tunggu kawen lohh)
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu" (ni tunggu kawen lohh)
Hehehe mudah mudahan..
Bila diingatkan semula,
CINTA datang dariNYA yang maha ESA...
Terlalu lama perhubungan kami,
Hope dapat bersatu..
Hanya memohon doa restu..
Yang baik datang dariNYA..
yang buruk dari hamba yg daif ini..
Sekiranya ada yang terbaik dekatkanlah padaku..
Jauhkanlah yang buruk dari hambamu ini..AMIN...
Just nak share..Saya dan si DIA ada amalkan semua ini..mari kita cuba..(:
Bak kata Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang JODOH..
1. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
2. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
3. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
4. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
5. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
6. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
7. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
8. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
9. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
10. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
P/s:hehehe hanya luahan hati..mudah-mudahan bertemu yang terbaik..
Tuhan kirimkanlah aku..
Kekasih yang, baik hati..
Yang mencintai aku..apa adanya..
Hehehe pagi-pagi dah nak soseh-soseh Mizs scya ni.. mana tak nya..kejadian pagi tadi mengimbau kembali Zaman kanak-kanak aku yang dulu.
Tengah drive nak gi keje tadi..mata liar tengok kiri kanan. Takut anging ke,kucing ke,burung ke melintas..hehehe naik fobia aku.. Tiba-tiba aku terlihat satu adengan tarik menarik. Sorang budak kecil berbangsa cina yang serba lengkap Berunifom putih biru comel menagis tak nak pergi sekolah. Gelak kecil aku tengok dak kecik tu nangis. (gelakkan org kununn,dia pon sama) Mak n makcik dia kot dok membebel hehehe.. terus aku teringat zaman-zaman aku kecil dulu yang SUKA NANGIS NAK KE SEKOLAH...hahahaha memang tak boleh blah ..
Dulu aku tak nak gi sekolah bersebab,CIKGU garang siot..!! (zaman kecilku,"tak garang pun kata garang") Hehehe tambah-tambah time belajar Pendidikan ISLAM. Ustazah siap de rotan kat tangan.. Sapa tak leh baca je mesti kena rotan.. Pas tu tambah plak gangguan budak-budak nakal.. Syed Musa sampai sekarang aku ingt nama dia, cos dia suke tarik rambut orang + buli orang.. Huhuhu suatu ketika dahulu nama abah aku la paling famous (SOAID) Bab-bab mengejek nama BAPAK serah kat dia.. Dia uli + dia campur + dia canai sampai sedap la nama BAPAK aku..hehehe.. Sapa tak kenal MUSA hahaha..
Kembali pada cerita tadi.. Dulu kalau nak pi sekolah je mesti mak abah kena hantar. Sampai aku kena tinggal mcm tu je,cos abah n mak xlarat layan.. Hehehehe mangsa seterusnya sapa lagi.. AKAK aku la.. Main tarik baju dia sebab tak nak masuk kelas..hehehe.. Dulu akak pengawas,adik plak tertewas.. (kuat nangis) Kalau kena kacau dengan dak-dak nakal je.. Call akak mai kelas je hehehehe.. (kuat mengadu) Akak dan rakannya dengan gengster, tunjuk belangnya menjadi pengawas yang GARANG. Mai kelas bagi warning.. (pi baloo00nnnn..)
Hehehehe tapi bila pikir-pikirkan kembali..memang lawak..!! Banyak lagi sejarah kegemilangan aku ketika dahulu.. Oleh sebab tengah bekerja,sibuk juga nak berBLOG.. Biar aku je tahu kenangan aku dizaman kanak-kanak keriangan.. Yang berlalu tetap berlalu.. Aku akan merindui zaman dahulu. (tak kan lekang di pikiran aku insyallah) Kalau la boleh ulang kembali,aku nak gunakan masa itu sebaiknya.. Tak nak susahkan ABAH+MAK+ABANG+AKAK.. ADIK SAYANG SEMUA..
Kita keluarga kecil je.. Jika semua tak da hilang la asam garam kehidupan keluarga kita.. Semoga ALLAH lindungi keluarga AKU..AMIN..
♥"Berunsur Api dan huraiannya adalah Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan. Cergas,cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.Penasihat yang baik.Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.Pandai menghias diri agar kelihatan cantik sllu"...;p